para pengikut =)

Monday, November 14, 2011

Malaikat Kecil :)

Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk “Jalan-jalan Syurga” dan beberapa karya Islamik yang lain.

Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun.

Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata

“Ayah! Saya dah bersedia”

Ayahnya terkejut dan berkata
“Bersedia untuk apa?”.

“Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah”

“Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat”

“Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun”

Ayahnya menambah
“Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini”

Dengan merintih anaknya merayu
“Benarkan saya pergi ayah?”

Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya
“Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!”

“Terima kasih Ayah”

Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.

Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya.

Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah “Jalan-jalan Syurga” ada pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari
siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.

Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.

Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih.
“Nak, apa yang makcik boleh bantu?”

Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit.

“Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling
bertuah”. Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.

“Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu” dalam nada yang lembut

Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya ” Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu”

Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu.

“Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk
pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim. Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini”

Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.

“Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi”.

“Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu”

“Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat”. “Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik” itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar”.

“Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap mukasurat. Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka. Aku tak perlukan itu lagi”.

“Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka”

Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!

Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.

Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.

Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang

Friday, September 30, 2011

Friends that I Love the Most @ P.S.I.S ♥

Assalam guys. Sehat? Btw sorry dah lama x update blog. Got too much things to do right now. Lagipun, ada ke yang sudi singgah kat sini? #teeett

Now let's make it simple. I upload kan gambar, di bawahnya pulak akan ada descriptions nya okay? Mari kita mulakan!


DUP 2A (POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH) JUNE '11
  • ni semua classmate i. muka2 ni lah yang wajib ditatap setiap hari kalau ada kelas sampai lah sem 5. nasib baik sem 6 x #sebabL.I
  • otak semua tingtong #samamacami
  • this picture was taken during the last class of computer application in semester 1 #napezaimmacamtubhahaha



AHMAD AMIRUL BIN MOHD NAWI

  • Amirul @ Miyu @ Dahi #eh
  • roomate during semester 1.
  • housemate during semester 2 (now)
  • soulmate until forever #eh
  • anak ikan mak #eh
  • mata liar suka usha pompuan --"
  • perasan jambu #choyyy
  • ramai secret admirer (termasuklah kaum hadek2)
  • no wonder lah kalau berjalan dgn dy, ada jea mata hadek2 yang aimed kitorg. *jeles lettewww
  • 1st thing yang dy pernah mintak kat i - rokok! (lepastu tuduh aku yang mengajar kau hisap rokok kan?)
  • 1st ayat mengarut yang dy ajar kat i - cekpit! (apa maksud nya? cari sendiri!)
  • 1st lawak yg dy buat dalam kelas - "my name is Amirul. i'm from Mache eh Machang!" bhahaha #tersasulxsengaja
  • ohh lupa nak cakap, btw dy ni lah PAK SUPIR i sekarang ni! (sebab dy bawak kereta) hee peace (^.^)Y



MOHAMAD NAZREEN BIN ABDULLAH

  • Mello nama panggilan nya :)
  • kawan yang i paling sayang kat poli ni  *takda sapa boleh ganti tempat kau gile #sumpahtaktipu
  • bilik kitorg sebelahsebelah jea kot during semester 1 lepas
  • now semester 2 dy stay asrama, i stay luar :(
  • aku rindu nak lepaklepak dengan kau :'(
  • dy ni mat jambu kalau nak tau. okaybye :P
  • selalu kena marah dgn i #eh
  • takda 1 pun cerita yang i x akan story kat dy. almost everything kot, semua i cerita. (kau ada buat camni kat aku?)
  • moment yang x boleh lupa pasal dy ni, 1st time dy makan nasi kerabu yg warna biru tu kan, dy xtau nak makan camne.
  • so kekdahnye, dy makan guna sudu & garfu. nasi kerabu kan lagi syok kalau makan dgn tangan jea? (i, amirul, n mama i gelak jea kot tgk gelagat org ipoh ni, since mama i n amirul ni pure kelantan, i jea kuantan tapi ada darah sana #taknakngaku)
  • aku xkan lupa sampai bilabila time kau nangis kat aku malam tu :')
  • p/s - kalau aku ada buat salah kat kau, menyakitkan hati kau, aku minta maaf sangatsangat. aku x sengaja tau :'(



NUR ATIRAH BINTI AZMAN

  • Tyra is her name.
  • no descriptions available #bhahaha (jahat kan aku kne kan kau?)
  • nanti dah dapat ilham aku update bahagian kau punya pulak okay?
  • eyh lupa nak cakap, ni lah anak ayam i #eh




RABIATUN AINI BT M. RADZIS



  • kitorg panggil dy ni Rabbit @ Rabit.
  • dy ni si tua tau sebab tua setahun drp kitorg. okaybye :P
  • SHINee fanatic ohh!
  • madu tuanrumahsewa kitorg #eh
  • kalau kitorg buat lawak, mesti dy paling last skali gelak. sebab dy loading haha :P
  • slalu kena bahan dgn kitorg hee peace!


I LOVE YOU GUYS SO FUCKING DAMN MUCH 

Thursday, September 1, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2011


baju melayu & songket untuk raya tahun ni. tp x boleh nak beria sangat, sbb x puasa penuh. fyi, seminggu sebelum raya, aku kne chickenpox. so faham2 jea la kalau dah kne tu, mesti lah kne telan ubat2 dy kan? sehari bpe kali pulak nak kne makan kan? kan kan kan?

btw, entry kali ni aku nak ucapkan to all bloggers and followers -


*baju melayu & pic tahun lepas. saja edit untuk wish raya tahun ni. okaybye.

Sunday, August 7, 2011

3 Hari Menjelang Ramadhan -,-"

haaa sah2 korang geli2 jea kan ble tgk title post kali ni. mne x nye, cuti selama 3 hari since 29hb (jumaat, lepas habis kelas) sampai 31hb (ahad) Julai baru ni kitorg peruntukkan utk jalan2 p release tension (katanyaaa)
so here's the picture :D

masa ni dalam kereta, otw p Pulau Pinang 

masa ni pulak dekat 1st avenue, Pulau Pinang (sebelah KOMTAR)

penat berjalan and shopping, kitorg stop makan kat Padang Kota Lama sat.
pekena pasemboq uolsss (^,^)

mello and yana :)

cover perut buncit -,-"

suci tak suci tak? HAHAHA :P

btw, 30hb Julai tu sebenarnya birthday Mohamad Nazreen bin Abdullah
a.k.a Mello!!!
so, alang2 kitorg keluar berjalan tu, kitorg celebrate lah sekali birthday dy.
semoga kau panjang umur, dmurahkan rezeki,
and goodluck in everything what you do okay!

and and,
rasanya belum terlambat lagi kot untuk mengucapkan,
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan al-Mubarak semua!
semoga Ramadhan kali ini membawa rahmat kepada kita semua :)
insyaAllah...
sekian,
Assalamualaikum w.b.t



Sunday, July 17, 2011

Salam. genap seminggu kat sabak bernam, AMAZON bagi mereka yg x pernah merasai kesusahan dalam hidup. biasalah, limited access for network coverage, limited access n places untuk online. for those yg xde broadband macam aku ni ha, mmg wifi area jea la HEAVEN untuk facebook-ing n blogging. insyaAllah dalam masa terdekat, aku ingat nak beli broadband. senang sikit nak cari info for assignment (lah sangat kan). okay fine, got nothing to update da. SEKIAN. salam :)

Sunday, July 10, 2011

SEMESTER 2 has now begin.

Aku dah start rindu family aku and kawan2 kat kuantan. Sumpah rasa nak menangis time aku update blog ni ;(
Hmphhh.. Okaybye ;(

Wednesday, July 6, 2011

WORDLESS WEDNESDAY #1


goodbye kuantan. away to sabak bernam for my 2nd semester registration day on 7/7 at politeknik sultan idris shah. see you guys on 7/7 back. hahaha yeah, straight coming home (kuantan) back after the registration :D
 

POLI Bloggerz